Sejarah Penubuhan Sekolah







Sekolah Rendah Kebangsaan Sacred Heart adalah salah sebuah sekolah Mision yang tertua dan terkenal di Negeri Sabah. Sekolah ini telah memberikan sumbangan yang begitu besar di dalam proses pendidikan. Sekolah ini yang telah ditubuhkan pada 1906 oleh Rev. Fr. Vander Heiden. Pada awalnya sekolah ini diasaskan di kediaman beliau yang terletak di tepi pantai Jesselton (Kota Kinabalu). Bilangan murid pada waktu itu sekitar 35 orang sahaja.
Pada tahun 1906, sekolah tersebut telah diambil alih oleh Rev. Fr. Weber yang berasal dari Sarawak. Beliau telah meneruskan era pendidikan di Kota Kinabalu. Bilangan murid terus bertambah .
Di antara tahun 1919- 1922, bilangan murid sekolah ini terus bertambah dan meningkat sehingga ke 300 orang. Bermula pada tahun 1933, sekolah ini telah mendaftarkan murid-murid bagi menduduki Peperiksaan Biasiswa Kerajaan.
Era pendidikan terhenti seketika pada tahun 1943 apabila Perang Dunia Kedua tercetus. Selepas perang berakhir, sebuah bangunan dibina daripada kayu telah didirikan.
Pada tahun 1958, sekolah ini telah diambil alih sepenuhnya oleh La Salle Brother daripada Mill Hill Father. Bangunan tiga tingkat yang terdiri daripada 12 bilik darjah telah siap sepenuhnya pada tahun 1962. Ianya telah dirasmikan oleh Pengarah Pendiidikan, En. Douglas Mcir pada 4 Julai 1962 yang mana ianya telah dihadiri oleh Ketua La Salle Brother Rev. Bro. Nicet Joseph. Sekolah ini dapat meraih perhatian ramai. Sebelum perang meletus, bilangan masuk kurang 300 orang murid. Selepas perang meletus, sekolah ini telag dibesarkan agar ia dapat menampung bilangan murid yang kian bertambah. Bilangan murid yang masuk ke sekolah ini telah meningkat lebih daripada 600 orang di awal tahun 70 an. Sejak itu, bilangan kemasukan semakin meningkat untuk mengukuhkan system pembelajaran. Sehingga pada hari ini, sekolah telah menerima kemasukan di 24 buah bilik darjah dengan bilangan murid melebihi 1000 orang. Lantaran itu, sekolah ini telah dibahagikan kepada dua sesi iaitu Tahap 1 (Tahun Satu, Tahun Dua, dan Tahun Tiga) belajar di sebelah petang manakala Tahap 2 (tahun Empat, Tahun Lima dan Tahun Enam) di sebelah pagi.
Antara guru-guru besar selepas Rev.Fr. Weber adalah Rev, fr. MacCathy (beliau yang menubuhkan Pasukan Pengakap yang pertama di Sekolah Sacred Heart pada tahun 1931), Rev. Fr. Henry Murphy, Rev. Fr. Parsons, Rev. fr. Walsh, Rev. Fr. Davies, Rev. Fr. Crowther dan Rev. Fr. Baur ( guru besar terakhir Mill Hill Father).
Kini, tanpa kita sedari, usia sekolah ini telah mencecah 111 tahun lamanya. Pastinya telah banyak perkara yang dilalui sepanjang usianya itu. Telah banyak pencapaian, kejayaan  dan kecemerlangan yang dicapai hasil usaha warga pendidik dan murid-murid SRK Sacred Heart.

5 comments: